Ubat antisawan Phenytoin ditemui dalam tubuh Zara Qairina | The Reporter

Ubat antisawan Phenytoin ditemui dalam tubuh Zara Qairina

Imej menunjukkan bangunan Mahkamah Koroner Kota Kinabalu berlatar belakang langit biru dengan kubah hijau, bersama sisipan gambar hitam putih remaja perempuan bertudung dan berjubah konvokesyen.
Inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu dedah ubat antisawan Phenytoin ditemui dalam tubuh Zara Qairina.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Inkues kematian remaja, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, pada prosiding hari ini mengesahkan tiada sebarang dadah terlarang dalam tubuhnya. Namun, pakar patologi mendedahkan terdapat ubat antisawan, Phenytoin, dalam tisu buah pinggang arwah.

Phenytoin lazim digunakan bagi merawat pesakit epilepsi dan juga diberikan kepada mereka yang mengalami kecederaan otak traumatik teruk untuk mencegah sawan awal selepas trauma.

Menurut Dr Jessie Hiu dari Hospital Queen Elizabeth, penemuan itu diperoleh selepas analisis toksikologi dijalankan ke atas sampel hati dan buah pinggang Zara.

Baca juga:

Selain itu, beberapa spesimen seperti tulang, kuku, serta calitan dari bahagian tertentu tubuh turut diambil untuk analisis DNA dan toksikologi. Semua sampel diserahkan kepada pihak penyiasat mengikut prosedur rasmi.

Dalam masa sama, pemeriksaan fizikal mendapati tiada tanda kecederaan pada bahagian kemaluan dan dubur, malah selaput dara arwah disahkan masih utuh.

Inkues akan diteruskan dengan keterangan saksi-saksi lain bagi merungkai punca sebenar kematian remaja berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts