TV3 mohon maaf isu tetamu lelaki berpakaian wanita cemari AJL39 - The Reporter

TV3 mohon maaf isu tetamu lelaki berpakaian wanita cemari AJL39

TV3 mohon maaf isu tetamu lelaki berpakaian wanita di AJL39
TV3 mohon maaf selepas isu tetamu lelaki berpakaian wanita cetus kontroversi.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Stesen televisyen swasta, TV3, tampil memohon maaf susulan kehadiran beberapa tetamu lelaki berpakaian menyerupai wanita semasa Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada malam Ahad lalu.

Kehadiran mereka mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat, dengan ramai yang menyatakan rasa tidak senang kerana menganggap penampilan tersebut bertentangan dengan norma agama dan budaya tempatan. Malah, ada yang menyalahkan TV3 kerana didakwa membiarkan perkara itu berlaku.

Menerusi laporan mStar, TV3 menegaskan bahawa pihaknya mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan dan tidak membenarkan penonton hadir dengan pakaian yang bertentangan dengan jantina mereka.

*”Sebagai saluran penyiaran yang bertanggungjawab, TV3 sentiasa komited untuk mematuhi undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, termasuk apa yang telah digariskan oleh kerajaan.

“TV3 ingin menegaskan bahawa pakaian menyerupai wanita oleh tetamu tersebut tidak pernah dibenarkan dan tidak selari dengan norma serta nilai-nilai yang dijunjung oleh masyarakat Malaysia,”* jelas kenyataan itu.

TV3 juga kesal dengan kejadian tersebut dan mengambil maklum reaksi masyarakat.

“Kami amat menghargai pandangan dan kebimbangan masyarakat serta akan mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang pada masa akan datang,” tambah kenyataan itu.

Total
0
Shares
Total
0
Share