Tun M Umpama Kitab Buruk & Tidak Relevan - Zahid - The Reporter

Tun M Umpama Kitab Buruk & Tidak Relevan – Zahid

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli UMNO mengabaikan ajakan Tun Mahathir menggulingkan Najib, dalam ucapan merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Selangor, semalam. 
Menurut beliau, pemimpin lama seperti Tun Mahathir disifatkan sebagai kitab buruk dan sudah tidak relevan, lapor Malaysia Digest. 
“Anggap seperti kitab buruk. Kita letak di tempat tinggi untuk menghormatinya. Kita tidak melangkahnya tetapi kita tidak boleh lagi membacanya kerana ianya ketinggalan zaman. 
“Kita perlu menganggapnya sebagai sejarah dan perlu maju ke hadapan,” katanya. 
Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci bahawa ayat itu ditujukan pada Tun Mahathir, namun ia jelas sekali merujuk kepada bekas pemimpin parti yang telah meninggalkan parti keramat Melayu itu. 
“Mungkin orang itu merasakan kita masih masih kisah. Jadi, bila beliau meninggalkan UMNO, beliau tulis surat kepada pemimpin cawangan mengajak mereka menyertai gerakan beliau. 
“Terdapat lebih 21,000 ketua cawangan di seluruh negara. Saya menyeru mereka termasuk di Selangor untuk mengabaikan seruan itu,” katanya. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!