Tumbuk isteri hingga cedera, kontraktor dipenjara sebulan | The Reporter

Tumbuk isteri hingga cedera, kontraktor dipenjara sebulan

Sumber Gambar: Berita Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Majistret Batu Pahat menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas seorang kontraktor atas kesalahan menumbuk isterinya hingga cedera.

Mohd Farid mengaku bersalah menumbuk sebanyak enam kali isterinya yang merupakan seorang doktor.

Ketika kejadian, mangsa dipukul selepas meminta suaminya berhenti di kedai untuk membeli makanan.

Tertuduh bagaimanapun tidak melayani permintaan wanita itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka berdua sebelum mangsa menumbuk lengan kanan isterinya sebanyak enam kali menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan.

Mohd Farid didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mencederakan isterinya dalam kereta di Jalan Tukas, Taman Soga, di sini, pada jam 2.20 petang, 19 September lalu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, manakala bagi Seksyen 326A, penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan atas sabitan kesalahan mengikut Seksyen 323.

Dalam pada itu, mangsa meluahkan kekecewaan terhadap sikap tertuduh ketika mengemukakan kenyataannya diperdengarkan di mahkamah.

“Saya takut dengan suami, saya tak mahu lagi tinggal bersamanya. Saya tidak faham kerana sering dipukul tanpa sebab,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Related Posts