Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan juga MRSM Kuala Krai akan membantu seorang pelajar perempuan, Nasuha untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
Nasuha sebelum ini tular apabila terlepas menduduki ujian berkenaan pada 8 Oktober lalu kerana tidak mempunyai wang dan juga masalah pengangkutan.
Bapa Nur Nasuha, Mohd Nusi Mamat, pula dikatakan menghidap penyakit gastrik (gerd) sejak dua tahun lepas dan tidak mampu bekerja.
Dalam pada itu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya sedaya upaya memberikan bantuan agar tiada pelajar cemerlang yang tercicir.
“MARA melalui Bahagian Pendidikan Menengah dan MRSM Kuala Krai akan membantu mengambil adik Nasuha esok pagi bagi menduduki ujian Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) yang sebelum ini tercicir akibat tiada kenderaan untuk mengambil ujian.
“Jangan jadikan kemiskinan alasan untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga dipermudahkan dan selamat jaya buat adik Nasuha,” tulisnya di hantaran Facebook.
Sumber: Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Astro Awani








