Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengambil tindakan segera selepas tular di media sosial berhubung tindakan individu yang didakwa menyidai pakaian di kawasan awam berhampiran Pasar Jawa, Klang.
Menerusi kenyataan di media sosial, MBDK memaklumkan pihaknya telah turun ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan susulan aduan berkenaan.
Menurut MBDK, pemantauan secara berkala akan dilaksanakan oleh pihak penguat kuasa memandangkan kawasan tersebut kini menjadi tumpuan awam susulan kewujudan perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).
“Semua pihak perlu mempunyai sensitiviti dalam menjaga kebersihan dan kesejahteraan Bandaraya Diraja Klang,” menurut kenyataan itu.
Baca juga:
- ‘256 warga asing Network School Forest City guna Pas Lawatan Sosial’ – KP Imigresen
- ‘Suami saya bukan penjenayah!’- Wanita Orang Asli dakwa suami ditahan
- Kes hak cipta plat MADANI: Mahkamah arah JPJ bayar RM40,000 kepada Hasan Azhari

Sebelum ini, isu berkenaan tular selepas seorang pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa terlihat pakaian disidai di tepi jalan berhampiran LRT Jambatan Kota, Pasar Jawa.
Pengguna terbabit turut mendakwa telah menegur individu berkenaan dan mempersoalkan tindakan tersebut yang dianggap mencacatkan pemandangan kawasan awam.








