Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini, tular kisah seekor kucing comel dengan gelaran manja Oyen atau Yenyen yang mencuit perhatian ramai apabila gemar mengambil selipar atau kasut jiran-jiran di kawasan perumahan pemiliknya.
Siapa sangka, si ‘pencuri selipar’ itu dalam masa sama turut menjadi ‘pencuri hati’ jiran tetangga, sehingga ada yang sanggup menunggu ‘giliran’ selipar mereka diambil oleh Oyen.
Sejak kisahnya tular, Oyen mula mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk stesen televisyen yang menjemput kucing itu bersama pemiliknya, Noraini, ke rancangan mereka.
Bukan itu sahaja, telatah Oyen turut menarik perhatian jenama selipar terkenal, Fipper, yang kemudiannya melantik Oyen sebagai duta jenama berkenaan.
Baca juga:
- Lagu Sejahtera Malaysia nyanyian pelbagai kaum buat ramai tersentuh
- Tular kucing ‘pencuri selipar’, Oyen kini jadi duta jenama terkenal
- ’15 anak unta buat cucu’, Gelagat Atuk bawa pulang ole-ole dari Mekah curi tumpuan
Lucunya, sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam lori Fipper yang dipenuhi selipar, Oyen kelihatan tercengang. Ada yang berseloroh, mungkin Oyen hanya menggemari selipar yang ‘berbau kaki’ berbanding yang masih baharu dari kedai.
Lebih menarik, rezeki turut dikongsi bersama jiran-jiran apabila pihak Fipper mengedarkan baucar pembelian kepada penduduk sekitar.
Malah, ada juga cadangan agar pihak Fipper mengeluarkan edisi khas Fipper x Oyen sebagai penghargaan buat si comel yang kini menjadi perhatian netizen.