Tular ekspresi Gibran lihat ahli parlimen Indonesia berjoget | The Reporter

Tular ekspresi Gibran lihat ahli parlimen Indonesia berjoget

Reaksi wajah Gibran bila melihat Ahli Parlimen Indonesia berjoget.
Gambar DPR: Suara.com

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Wakil Presiden Republik Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, menjadi tumpuan apabila reaksinya yang terpaku tanpa sebarang ulasan dirakam sewaktu beberapa ahli parlimen negara itu dilihat berjoget selepas Sidang Tahunan MPR bersama DPR-DPD di Kompleks Parlimen Senayan, Jakarta, pada Jumaat.

Aksi tersebut berlaku sejurus selepas Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menyampaikan pidatonya, apabila hadirin disajikan dengan persembahan lagu daerah Sajojo dan Gemu Fa Mi Re.

Antara yang mencuri perhatian ialah Ketua Komisi IV DPR RI (Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia), Titiek Soeharto, yang kelihatan menggerakkan tangannya sambil duduk mengikuti rentak lagu. Beberapa anggota DPR lain turut berdiri sambil berjoget dan bernyanyi bersama di ruang sidang.

Komisi IV DPR RI ialah jawatankuasa tetap parlimen Indonesia yang mengendalikan isu berkaitan pertanian, perikanan, perhutanan dan makanan. Peranannya hampir sama seperti Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen di Malaysia yang memberi tumpuan kepada bidang tertentu.

Baca juga:
Reaksi Gibran

Wajah serius Gibran, yang hadir sebagai orang nombor dua dalam pentadbiran Indonesia (setaraf dengan Timbalan Perdana Menteri dalam konteks Malaysia), hanya memerhati tanpa sebarang komen, turut menjadi sorotan kamera dan tular di media sosial.

Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, yang menyifatkan ekspresi Gibran seakan mewakili rasa hairan rakyat terhadap kelakuan wakil rakyat di dalam dewan.

@babesumbar

Momen Anggota DPR Joget Bersama Ketika Lagu Maumere Dinyanyikan di Sidang Tahunan MPR 2025, Jumat (15/8). Bagaimana Menurut Kalian Gaes? #SidangtahunanMPR #HUTRI #joget #Maumere #DPR

♬ suara asli – babesumbar – babesumbar

Fenomena ahli parlimen menyanyi atau berjoget di ruang sidang sebelum ini pernah beberapa kali berlaku di Indonesia, namun situasi itu dianggap janggal jika dibandingkan dengan parlimen negara lain.

Parlimen merupakan institusi tertinggi demokrasi yang melambangkan kewibawaan negara. Justeru, aksi sebegitu dianggap tidak wajar dan menimbulkan persoalan mengenai kesungguhan wakil rakyat dalam membincangkan hal ehwal rakyat dan negara.

Related Posts