Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Bagi wanita, kecantikan adalah satu perkara yang sangat dititikberatkan terutama sekali apabila usia sudah semakin meningkat.
Selain produk kosmetik, pelbagai petua juga diamalkan untuk mengekalkan seri wajah.
Selain daripada jerawat, jeragat juga satu perkara yang merisaukan wanita.
Namun, perkongsian dari wanita ini mungkin akan terlerai segala masalah.
Video yang meraih 31.4 juta tontonan itu berkongsikan tulang sotong mampu mengurangkan jeragat dan membuatkan kulit licin.
“Tulang sotong dibersihkan dan dijemur sehingga kering. Lepas tu sagat dan perah air limau nipis ke atas serbuk tu.
“Bila nak tidur, sapu ke seluruh wajah dan bangun pagi esok bersihkan,” katanya.
Katanya kena amalkan dalam lima hingga ke enam kali sehingga hilang jeragat dan mendapat hasil yang memuaskan.
Sumber: TikTok makciknida