Tukang sapu didenda RM80,000 sebar video lucah berkumpulan | The Reporter

Tukang sapu didenda RM80,000 sebar video lucah berkumpulan

Tukang sapu sebar video lucah
Sumber gambar: The New Straits Times

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang tukang sapu, Kamarulnazri Desa@Yahaya, 45, didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan menyebarkan video lucah berkumpulan untuk tujuan komersial.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara sedar menggunakan akaun aplikasi X untuk memuat naik dan menyebarkan kandungan lucah pada 26 Januari, 4 Februari, 8 Februari, dan 17 Februari lalu. Kandungan itu dikesan pihak berkuasa di IPD Kubang Pasu, Jitra, pada 20 Februari.

Siasatan mendapati tertuduh menjual kandungan video tersebut pada harga RM100 berdasarkan resit bayaran yang ditemui. Antara kandungan video itu termasuk aksi isteri tertuduh bersama lelaki lain, disaksikan tertuduh sendiri.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan, memaklumkan dia hanya berpendapatan RM1,500 sebulan dan menyara isteri, empat anak, serta seorang nenek yang uzur.

Namun, pihak pendakwaan meminta hukuman berat dijatuhkan. Timbalan Pendakwa Raya SKMM, Fatin Hadni Khairuddin, menegaskan kandungan lucah itu telah dimuat naik sejak 2016 dan dijual kepada orang ramai, berpotensi diakses oleh kanak-kanak.

Hakim Mazdi Abdul Hamid menetapkan denda RM80,000 atau penjara dua tahun sekiranya gagal membayar. Sehingga jam 4 petang tadi, tertuduh dilaporkan gagal melunaskan denda dan akan menjalani hukuman penjara di Penjara Pokok Sena.

Sumber: Harian Metro

Related Posts