Tukang cat rogol, liwat anak tiri konon nak buang santau, dipenjara 20 tahun, 6 sebatan - The Reporter

Tukang cat rogol, liwat anak tiri konon nak buang santau, dipenjara 20 tahun, 6 sebatan

Foto hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Sesyen Muar hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan enam sebatan terhadap seorang tukang cat yang mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan meliwat anak tirinya.

Hakim Abu Bakar Manat memutuskan hukuman itu selepas tertuduh berusia 44 tahun mengaku bersalah memperdaya mangsa dengan alasan ingin membuang santau serta menguatkan ilmu ghaib yang dipelajarinya.

Menurut pertuduhan, tertuduh merogol mangsa yang berusia 17 tahun pada ketika kejadian, di sebuah rumah di Segamat, pada jam 11.30 malam pada tahun 2021.

Tertuduh juga didakwa menjadikan mangsa sebagai ‘isteri kedua’, yang disaksikan oleh isterinya sendiri dalam bilik.

Ibu mangsa, seorang wanita berusia 42 tahun, turut dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun pada 30 Januari lalu kerana bersubahat dengan tertuduh.

Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling serta pengawasan polis selama setahun.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!