Di dalam sejarah Islam, selain daripada perjuangan Rasullah dan sahabat-sahabat baginda, kaum wanita juga merupakan tulang belakang di sebalik perjuangan menegakkan Islam. Nama-nama seperti Siti Khadijah Khuwaylid, Saidatina Aisyah, Fatimah merupakan nama-nama yang seringkali diceritakan melalui lisan atau bertulis.
Tetapi nama Zinnirah Arrumiah agak begitu asing dari pengetahuan kita. Namanya cukup indah dan unik. Wanita ini rela menggadaikan dirinya demi kecintaannya pada Allah dan Islam. Wanita ini telah dicucuk matanya dengan besi tajam dan menyebabkannya buta.
“Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada orang yang menyeksaku ini.”
Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan orang-orang kafir.