Trump beri amaran serangan lebih besar jika Iran enggan hentikan ancaman | The Reporter

Trump beri amaran serangan lebih besar jika Iran enggan hentikan ancaman

Donald Trump beri amaran kepada Iran, latar wajah pemimpin tertinggi Iran
Trump beri amaran serangan lebih besar jika Iran teruskan ancaman

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Trump sahkan tiga tapak nuklear Iran dimusnahkan sepenuhnya dalam serangan udara oleh tentera AS.
• Serangan disasarkan ke Fordow, Natanz dan Esfahan tanpa ancaman radiasi kerana fasiliti terletak jauh di bawah tanah.
• Trump beri amaran jika Iran tidak berdamai, serangan susulan akan lebih besar, lebih pantas dan lebih mudah dilaksanakan.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan tiga tapak nuklear utama Iran telah “dimusnahkan sepenuhnya” dalam serangan udara oleh tentera AS malam Sabtu. Serangan ini menyasarkan kemudahan pemprosesan uranium di Fordow, Natanz dan Esfahan.

Menurut pakar pertahanan Alex Plitsas dari Atlantic Council, tiada risiko radiasi kerana semua fasiliti tersebut dibina jauh di bawah tanah.

“Tiada ancaman sisa radioaktif kerana semuanya berada di bawah tanah,” katanya.

Gambar rasmi yang dikongsi White House menunjukkan Trump mengenakan topi merah ‘MAGA’ sambil memantau operasi dari Bilik Situasi bersama Naib Presiden JD Vance, Setiausaha Negara Marco Rubio, Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth, Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Dan Caine, Ketua CIA John Ratcliffe dan Ketua Staf Rumah Putih Susie Wiles.

Desak Iran hentikan ancaman

Trump memberi amaran jika keamanan tidak segera dicapai, Amerika Syarikat akan melancarkan serangan susulan yang lebih besar, lebih pantas dan lebih tepat. Menurutnya, operasi malam itu merupakan yang paling sukar dan berisiko setakat ini, namun masih banyak lagi sasaran lain yang boleh dimusnahkan dalam masa beberapa minit.

Beliau turut menegaskan tiada angkatan tentera lain di dunia yang mampu melakukan apa yang dicapai oleh pasukan Amerika pada malam tersebut. Dalam nada optimis, Trump menyatakan harapannya agar pasukan ketenteraan tidak lagi perlu digerakkan dalam bentuk yang sama pada masa hadapan.

Menyifatkan Iran sebagai “pembuli Timur Tengah”, Trump menegaskan negara itu mesti memilih untuk berdamai. Jika tidak, serangan berikutnya akan menjadi lebih besar dan mudah dilaksanakan.

Sumber: New York Post

Related Posts