Trump puji Anwar, Malaysia berjaya jadi pengantara damai Thailand–Kemboja | The Reporter

Trump puji Anwar, Malaysia berjaya jadi pengantara damai Thailand–Kemboja

Donald Trump berucap di podium; inset menunjukkan beliau bersama Anwar Ibrahim.
Di pentas APEC, Trump puji Anwar dan Malaysia sebagai pengantara damai Thailand–Kemboja. | Sumber gambar: Pejabat Perdana Menteri, The Straits Times

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Konflik sempadan Thailand–Kemboja yang dikatakan semakin “panas” akhirnya berjaya diredakan selepas Perjanjian Damai Kuala Lumpur dimeterai pada Ahad lalu, disaksikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak CEO APEC, Trump memuji peranan Malaysia sebagai pengantara neutral yang berjaya membawa kedua-dua negara ASEAN itu ke meja rundingan, meskipun sebelum ini digambarkan sebagai situasi dengan “peluru berterbangan di merata tempat”.

“Malaysia sangat hebat dan sangat membantu dalam pelaksanaan perjanjian itu. Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) seorang yang hebat,” kata Trump.

Baca juga:

Malaysia jadi pengantara utama

Trump menjelaskan bahawa proses mediasi hanya memakan tempoh kira-kira dua hari sebelum kedua-dua pihak bersetuju menandatangani perjanjian damai tersebut.

Menurutnya, fasiliti serta usaha Malaysia menjadi faktor utama kejayaan rundingan itu, membolehkan pemimpin Thailand dan Kemboja hadir seperti “sahabat karib” ketika menandatangani dokumen damai berkenaan.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dengan Anwar dan Trump bertindak sebagai saksi rasmi.

Trump: “Kami selamatkan jutaan nyawa”

Trump menggambarkan kejayaan tersebut sebagai momen penting dalam usaha menghentikan ketegangan yang berlarutan di sempadan kedua-dua negara.

Beliau berkata campur tangan diplomatik itu telah “menyelamatkan jutaan nyawa” dan memperlihatkan peranan Malaysia sebagai rakan strategik dalam kestabilan serantau.

Trump kini berada di penghujung lawatan ke Asia yang turut melibatkan Malaysia dan Jepun. Beliau dijadualkan bertemu Presiden China, Xi Jinping, Khamis ini dengan isu tarif perdagangan menjadi antara agenda utama menjelang Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang bermula Jumaat.

Sumber: Astro Awani

Related Posts