'Trofi yang sebenar adalah orang yang support, doa & bercerita baik tentang kita' - Saiful Apek - The Reporter

‘Trofi yang sebenar adalah orang yang support, doa & bercerita baik tentang kita’ – Saiful Apek

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Anugerah, penghargaan dan trofi sering menjadi keutamaan dan tumpuan artis, selebriti dan pempengaruh. Penghargaan ini juga sebagai satu penanda aras bagi kerjaya mereka.

Oleh kerana itu juga, seringkali dilihat riak wajah selebriti menangis sebak atas penghargaan yang diberikan. Dan ada juga yang berasa kecewa apabila tidak terpilih.

Bagaimanapun, menurut pelawak otai, Saiful Apek trofi atau penghargaan tersebut bukanlah pengukur segala-galanya. Kata-kata tersebut dinyatakan semasa sesi siaran langsung (live) bersama seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Acap.

https://www.tiktok.com/@livestreamreposted/video/7338354262390361352?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7343807366875317768

“Trofi yang banyak-banyak tu saya dah tahu dah kat kedai mana nak buat. Harga dia pun tak mahal RM39.90 je. Pilih je kategori apa yang nak. Tapi sebenarnya trofi yang sebenar bukan benda tu.

“Itu simbolik je. Trofi yang sebenar ialah orang yang support kita, orang yang doakan kita, orang yang bercerita baik tentang kita. Dan bila salam tu tengok mata kita.

“Itulah trofi kita yang sebenar-benarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Saiful Apek turut menasihati masyarakat di luar sana tentang kejayaan dalam kehidupan.

“Disebalik kejayaan, tersembunyi 99 kegagalan, jangan risau untuk gagal. Tak ada istilah kalah, kita menang atau kita belajar,” katanya.

Sumber: livereposted

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!