Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pelbagai konten yang dimuat naik ketika ini bagi menarik perhatian ramai. Konten solekan antara yang menjadi tumpuan ramai ketika ini.
Sebelum ini trend solekan bertemakan Bollywood iaitu Asoka Challenge sangat mendapat sambutan luar biasa.
Terbaharu pula, trend solekan ala Mexico iaitu Poco Loco menjadi cubaan pempengaruh untuk menyampaikan konten yang dianggap luar biasa.
Bagaimanapun, menurut seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Jafri Mahmoodi menyatakan konten berkenaan terkait dengan kepercayaan keagamaan orang Mexico yang dipanggil sebagai ‘The Day of The Dead’.
Katanya, pada hari upacara tersebut yang berlaku sekitar bulan November, menjadi kepercayaan mereka berlaku pertembungan di antara alam orang yang telah mati dan orang yang masih hidup.
“Orang yang telah mati (roh) akan balik ke rumah masing-masing, ziarah keluarga. Ahli keluarga pula akan buat majlis makan, tarian dan pakai mekap bagi meraikan saudara dan ahli keluarga yang telah meninggal dunia,” katanya.
Jelas beliau lagi, sebagai umat Islam, kita tidak boleh meniru kepercayaan agama tersebut walaupun bertujuan hanya untuk suka-suka.
“Bila terkait dengan urusan keagamaan lain, kita tak boleh buat. Sebelum buat apa-apa seeloknya kita periksa dulu sejarah atau fakta mengenai perkara tersebut,” katanya.
Sumber: jafrimahmoodi_official