BATU CAVE – “Kami akan dihalau jika tunggakan RM387,000 tidak dibayar,” demikian kata wakil Rumah Perlindungan Al Nasuha yang sudah buntu mencari jalan penyelesaian.
“Jika begitu, maka nasib kami lebih malang dari pendapang atau pelarian yang dibawa masuk ke Malaysia dan kemudiannya diberikan pelbagai kemudahan bertaraf 5 bintang,” katanya yang sudah buntu mencari jalan penyelesaian dan berserah dan berharap Allah mendengar doa dan rintihan mereka.
Difahamkan, rumah dan tanah tersebut pada asalnya telah diwakafkan kepada Pertubuhan Anak Yatim (PAY) yang telah pun dibubarkan. Dakwa sumber yang terdapat dalam ruangan komen Rumah Perlindungan Al Nasuha, Pengerusi PAY telah membuat pindahmilik tanah tersebut ke atas namanya sendiri, setelah kesemua anak-anak yatim berpindah ke tempat lain.