Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Nak menyewa rumah atau bilik, perlulah melihat keadaannya dulu. Jangan sewenang-wenangnya terus bersetuju dan membayar deposit berdasarkan apa yang dilihat pada gambar iklan. Apa yang berlaku pada dua gadis bernama Izzatie dan Ann benar-benar menyeramkan. Semoga anda semua tidak mudah terpengaruh dengan harga sewa yang ditawarkan ya.
Sebelum intu kalau korang nak tahu, rumah ini dah lama kena tinggal sampailah housemate yang Ann ni nak masuk. Dia dengan mak dia yang bersihkan rumah.
Hmm, susah nak explain tetapi setiap kali bersembang di ruang tamu, waktu itu juga rasa ada yang bersembang dalam bilik itu. Bilik depan ini ada tingkap yang menghadap depan rumah. Setiap kali nak keluar rumah, mesti rasa dia dok tengok-tengok kitorang keluar.
Dah puas bersembang dengan Ann, masuk bilik tidur. Dia tak nak dengar bunyi-bunyi itu, dia pasanglah lagu sambil tidur nak menghilangkan rasa takut itu.
Jam 5 petang, ustaz sampai. Turun saja dari kereta, duduk depan pagar, dia kata rumah ini ada ‘penjaga’. Saya pun bukalah pintu bagi dia masuk tengok dalam rumah. Dah masuk dalam rumah, saya beritahu yang bunyi itu datang dari bilik depan yang berkunci itu.
- Hantu raya.
- Perempuan satu lagi ustaz itu tak ada kata apa bendanya. Dia kata bila dah ada benda di tempat itu, biasanya memang akan ada yang lain datang duduk sekali.
Saya dah ajak ibu pergi ambil barang-barang yang tinggal di rumah itu dengan menaiki kereta. Masa sampai, rupa-rupanya Ann dah sampai dulu. Masa kitorang nak masuk, ‘dia’ tak bagi masuk dan pintu ditahan dari dalam. Tetapi bila dah baca ayat kursi semua, Alhamdulillah pintu dah boleh dibuka.
Barang-barang saya semua dah ambil, cuma tinggal barang-barang Ann sikit saja lagi.
Menurut jiran di belakang rumah, dia ada terdengar bunyi benda terjatuh dalam rumah sewa kami. Kira dua kali juga dia dan kawannya terdengar. Tidak lama selepas itu terdengar pula suara budak menangis berselang dengan ketawa. Sampaikan housemate dia tak berani nak tidur bilik belakang yang bertentangan dengan rumah sewa kami. Mungkin ‘dia’ marah sebab ‘kawan-kawan’ dia dah kena angkut ustaz semalam.
Tak tahulah nak cakap macam mana dah. Saya harap semua ini dapat diselesaikan dengan baik. Syukur sangat sebab Allah SWT permudahkan segala urusan kami keluar dari rumah itu.
Sekian cerita yang terjadi sepanjang empat minggu saya menyewa di rumah ini. Kalau ada sesiapa yang nak menyewa bilik di rumah ini, cuba periksa betul-betul supaya korang tak teraniaya seperti saya. Jangan baru tengok gambar dah setuju deal nak bayar deposit apa semua, okay. Assalamualaikum.













