TNB nafi dakwaan kenaikan tarif elektrik mulai April | The Reporter

TNB nafi dakwaan kenaikan tarif elektrik mulai April

TNB nafi kenaikan tarif elektrik.
Gambar: The Vibes

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan mengenai kenaikan tarif elektrik bermula April dan menegaskan bahawa maklumat tular tersebut tidak benar serta berpotensi mengelirukan orang ramai.

TNB menyatakan bahawa sebarang pelarasan kos elektrik pada masa ini tertakluk kepada Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang telah dilaksanakan sejak Julai 2025.

“Tenaga Nasional Berhad (TNB) memandang serius mengenai mesej dan visual palsu tular yang mendakwa terdapat kenaikan tarif elektrik bermula April seperti yang dinyatakan. Untuk makluman, maklumat tersebut adalah tidak benar dan berpotensi mengelirukan orang ramai,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kadar AFA ditentukan berdasarkan perubahan harga bahan api global dan kadar pertukaran mata wang asing, serta diselaraskan setiap bulan dengan pengesahan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Baca juga:

TNB menegaskan bahawa sebarang perubahan berkaitan AFA akan diumumkan secara rasmi melalui saluran sah TNB. TNB turut menyatakan bahawa penyebaran maklumat palsu ini akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan, merujuk kepada pengumuman rasmi TNB sahaja, dan menyemak kesahihan kandungan sebelum berkongsi bagi mengelakkan kekeliruan.

Related Posts