Kenapa anda patut hadkan pengecasan iPhone kepada 80% atau 90%? | The Reporter

Kenapa anda patut hadkan pengecasan iPhone kepada 80% atau 90%?

Tangan memegang iPhone yang sedang dicas dengan kabel
Mengecas iPhone dengan kabel masih jadi pilihan ramai pengguna

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Mengecas iPhone sehingga 100% setiap hari boleh mempercepatkan penurunan kesihatan bateri
• Mengekalkan cas antara 30% hingga 80–90% boleh memanjangkan jangka hayat bateri
• Apple sendiri menyarankan penggunaan fungsi “Optimised Battery Charging” untuk kawalan automatik

Ramai pengguna iPhone tidak sedar bahawa cara mereka mengecas telefon setiap hari boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan bateri dalam jangka panjang. Isu paling kerap dibangkitkan ialah patutkah kita mengecas hingga 100% atau cukup sekadar 80% atau 90%?

Apa kesan cas sampai 100% setiap hari?

Bateri iPhone menggunakan teknologi lithium-ion, yang secara semula jadi akan merosot dari semasa ke semasa. Tetapi pengecasan hingga 100% secara kerap, terutamanya jika digabung dengan pengecasan pantas dan penggunaan sambil dicas, boleh mempercepatkan penurunan battery maximum capacity.

Banyak kajian mendapati bahawa mengecas telefon hingga 100% setiap hari akan mempercepatkan cycle count iaitu bilangan penuh penggunaan bateri (100%) yang boleh menjejaskan prestasi dalam jangka panjang.

Apple sendiri memperkenalkan ciri Optimised Battery Charging yang melambatkan cas selepas 80% untuk membantu pengguna mengurangkan beban haba dan ketegangan kimia bateri.

Lebih baik cas sampai 80% atau 90%?

Jika anda mementingkan jangka hayat bateri:

→ Hadkan cas hingga 80% sahaja. Ini zon paling selamat dan stabil untuk kesihatan bateri.

Jika anda perlukan prestasi harian biasa dan tidak mahu terlalu risau:

→ Cas hingga 90% pun masih selamat, asalkan anda tidak biar terlalu lama berada pada 100%.

Mengecas hingga 100% sekali-sekala (contohnya sebelum travel atau event panjang) tidak menjadi masalah, tetapi elakkan menjadikannya rutin harian.

Bagaimana nak jaga kesihatan bateri iPhone?

• Cas semula bila bateri tinggal 30–40%, jangan tunggu hingga bawah 20%
• Elakkan guna sambil cas, terutama untuk aktiviti berat seperti game atau YouTube
• Gunakan pengecas original atau yang bersijil MFi (Made for iPhone)
• Aktifkan Optimised Battery Charging di Settings > Battery > Battery Health
• Elakkan pendedahan haba berlebihan, contohnya tinggal dalam kereta panas atau gunakan casing yang menyekat pengaliran haba

Apa itu “Optimised Battery Charging”?

Fungsi ini membolehkan iPhone mempelajari rutin pengecasan anda. Ia akan melambatkan pengecasan selepas 80% dan hanya menyelesaikan hingga 100% apabila dijangka anda akan gunakan telefon (contohnya sebelum bangun tidur).

Ini penting kerana meninggalkan iPhone pada 100% semalaman adalah salah satu punca bateri cepat haus.

Related Posts