Tiket konsert In-Team habis terjual dalam masa 2 jam | The Reporter

Tiket konsert In-Team habis terjual dalam masa 2 jam

Kumpulan nasyid In-Team mengumukan tiket konsert Kasih Kekasih In-Team 25 Tahun habis terjual dalam masa dua jam.
Kumpulan In-Team menyanyikan lagu mereka secara spontan di sebuah kedai makan, momen tular yang turut menampilkan kemunculan mengejut mereka menjelang konsert 27 September. Gambar: Instagram Ansari Ramli, In-Team

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kumpulan nasyid terkenal In-Team mengumumkan bahawa tiket konsert mereka yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur telah habis terjual.

Tiket Konsert Kasih Kekasih In-Team 25 Tahun yang dijadualkan berlangsung pada 27 September telah habis dijual dalam masa hanya dua jam.

Menerusi satu hantaran di Instagram, kumpulan tersebut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang terus menyokong mereka.

“Diumumkan Konsert Kasih Kekasih In-Team 25 Tahun sold out dalam masa 2 jam.

“Terima kasih atas sokongan padu semua. Mohon maaf kepada yang tak berjaya,” kata mereka.

Sebelum ini, nama kumpulan itu kembali tular di media sosial selepas seorang pempengaruh bersama isterinya menyanyikan lagu-lagu In-Team sambil melakonkan babak di sebuah kedai mamak. Kemunculan ahli kumpulan In-Team dalam video tersebut turut mengejutkan para peminat.

Dalam pada itu, ramai meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat membeli tiket konsert berkenaan. Susulan itu, terdapat cadangan daripada peminat agar pihak penganjur mempertimbangkan untuk menambah hari konsert.

Related Posts