Tiga lelaki ditahan dalam kes rusuhan bersenjata | The Reporter

Tiga lelaki ditahan dalam kes rusuhan bersenjata

Polis menahan tiga lelaki dalam kes rusuhan bersenjata parang di Telok Panglima Garang
Tangkap layar video tular inisden di Teluk Panglima Garang.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tiga lelaki ditahan polis disyaki merusuh menggunakan senjata di Jalan Waja, Telok Panglima Garang, pada Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd Sufian Amin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.51 petang pada 23 Mac 2026 daripada seorang lelaki.

Menurut beliau, pengadu yang berada di rumah terdengar bunyi bising di hadapan kediamannya sebelum keluar untuk melihat keadaan. Pengadu kemudian mendapati bapa saudaranya sedang memegang sebilah parang dan dikepung beberapa individu tidak dikenali yang dipercayai cuba menyerangnya.

“Pengadu telah menghubungi pihak polis, namun kesemua suspek melarikan diri sebelum anggota tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga:

Mohd Sufian berkata, hasil siasatan dan risikan, polis berjaya menahan tiga lelaki Melayu yang dipercayai terlibat serta merampas beberapa barang kes. Usaha mengesan suspek lain yang masih bebas sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.

Related Posts