Tidak adil ungkit janji lama Adam Adli hapuskan PTPTN – AMK | The Reporter

Tidak adil ungkit janji lama Adam Adli hapuskan PTPTN – AMK

Isu PTPTN kembali diperdebatkan susulan pelantikan Adam Adli, AMK anggap tidak adil ungkit janji lama.
AMK tegaskan tidak adil ungkit janji lama Adam Adli hapuskan PTPTN tanpa lihat realiti semasa.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Adalah tidak adil untuk terus mengungkit janji lama hapus hutang PTPTN yang pernah diperjuangkan Adam Adli Abd Halim, kata Angkatan Muda Keadilan (AMK), susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim menegaskan, janji tersebut dibuat lebih sedekad lalu ketika Adam masih seorang aktivis mahasiswa, bukan sebagai anggota pentadbiran kerajaan yang terikat dengan realiti fiskal dan keupayaan ekonomi negara.

Terdahulu, Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar Adam supaya merealisasikan perjuangan lamanya dengan menghapuskan hutang PTPTN, malah menyindir aktivisme beliau ketika era pembangkang.

Sindiran itu dilontarkan susulan rombakan Kabinet yang menyaksikan Adam bertukar portfolio daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Baca juga:

Konteks lama tak boleh dihakimi dengan realiti hari ini

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil berkata, hujah berkaitan janji lama hapus hutang PTPTN tidak boleh diangkat sebagai kritikan mutlak kerana keadaan ekonomi negara kini sangat berbeza berbanding 10 hingga 13 tahun lalu.

Menurutnya, perubahan dasar memerlukan pendekatan holistik dan berperingkat, sama seperti isu penyasaran subsidi yang tidak boleh dilaksanakan secara mendadak walaupun pernah dijanjikan.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan telah memulakan langkah ke arah pembaharuan apabila Belanjawan 2026 mengumumkan penghapusan hutang PTPTN bagi pelajar B40.

Langkah itu disifatkan sebagai perkembangan positif ke arah merealisasikan semangat perjuangan terdahulu, namun disesuaikan dengan kemampuan ekonomi semasa.

Sumber: Malaysia Gazette, Sinar Harian

Related Posts