Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pemandu Perodua Ativa yang terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan seorang pelajar tingkatan lima maut, tampil membuat laporan polis.
Mengikut gambar salinan laporan yang tersebar di media sosial, lelaki berkenaan yang juga disahkan pegawai kanan polis dari PDRM Kontinjen Kedah itu berkata, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, membuat bunyi bising dengan ekzos motosikal yang telah diubah suai.
Terdengar bunyi ekzos bising
“…semasa hendak mengambil isteri di SMK Jati, saya terdengar bunyi ekzos motosikal jenis Yamaha yang sangat kuat. Saya kemudian telah pergi ke arah motosikal tersebut dan mendapati seorang remaja lelaki sedang ‘press’ minyak motosikal dengan ekzos yang telah diubah suai.
“Saya cuba menahannya, tetapi beliau terus memecut sambil menekan minyak dengan bunyi yang kuat,” katanya.
Mangsa brek secara mengejut
Pengadu kemudian cuba mengejar pelajar itu dan tiba di lokasi kejadian, dia mendakwa mangsa membrek secara mengejut.
“Semasa saya mengejarnya dalam tempoh seminit, tiba-tiba motosikal itu terus membrek secara mengejut dan saya juga telah menekan brek. Tetapi telah terlanggar beliau,” katanya dalam laporan tersebut.
Bukan lari, tetapi bimbang dipukul
Lelaki itu kemudian keluar daripada kenderaannya untuk memberi bantuan kepada remaja terbabit, sebelum didatangi orang awam yang turut menghulurkan bantuan dan menghubungi ambulans.
Bagaimanapun, pengadu mendakwa ada beberapa individu yang mula memarahi dan seakan-akan mahu memukulnya, membuatkan dia terpaksa beredar dari lokasi kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.
Terdahulu media melaporkan seorang pelajar tingkatan lima maut akibat dilanggar kereta Perodua Ativa yang dipandu olh pegawai kanan polis terbabit.
Polis mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan di dada dan abdomen dan suspek telah direman selama untuk siasatan lanjut.
Sumber: X