'Tiada kompromi salah guna kuasa, rasuah penjawat awam' – KSN | The Reporter

‘Tiada kompromi salah guna kuasa, rasuah penjawat awam’ – KSN

Ketua Setiausaha Negara menekankan sola integriti dalam penjawat awam.
Gambar: Facebook Shamsul Azri bin Abu Bakar

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar menegaskan bahawa Perkhidmatan Awam tidak akan sama sekali berkompromi terhadap sebarang kesalahan salah guna kuasa dan rasuah yang melibatkan penjawat awam, termasuk di peringkat pengurusan tertinggi.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata demikian susulan isu mutakhir melibatkan tangkapan dan siasatan berkaitan penyalahgunaan kuasa serta rasuah dalam kalangan penjawat awam, sambil menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil mengikut lunas perundangan sedia ada sekiranya mana-mana individu didapati bersalah.

“Perkhidmatan awam tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana penjawat awam mengikut lunas perundangan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, Perkhidmatan Awam akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus, sekali gus memastikan prinsip keadilan terpelihara kepada pihak yang sedang disiasat.

Baca juga:

Shamsul Azri berkata, prinsip menolak salah guna kuasa, rasuah dan kecurangan tatakelola perlu dijunjung pada setiap masa selaras dengan ikrar Rukun Negara serta ikrar Perkhidmatan Awam.

Tambah beliau, pematuhan kepada prinsip tersebut penting bagi memastikan imej dan kredibiliti Perkhidmatan Awam tidak tercemar dengan perilaku yang boleh menghakis kepercayaan awam terhadap institusi teras negara, seperti yang sering ditekankan oleh Perdana Menteri.

“Nilai integriti akan sentiasa menjadi teras kepada penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan, mengurangkan ketirisan hasil negara serta mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI,” katanya.

Related Posts