'Tiada istilah 'lebih sudu dari kuah' - Aniq Kasdan - The Reporter

‘Tiada istilah ‘lebih sudu dari kuah’ – Aniq Kasdan

Sumber Gambar: Olympic Council of Malaysia

Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan menjelaskan keputusan yang dibuat ketika acara clean & jerk adalah hasil perbincangan bersama jurulatih dan pengurus. Keputusan yang dibuat dari angkatan berat 167 kilogram (kg) kepada 174kg kerana melihat situasi itu akan memberikan kelebihan kepadanya.

Katanya juga, keputusan tersebut turut mengambil kira faktor pesaing dalam acara itu yang cukup hebat.

Tambahnya lagi tiada istilah ‘lebih sudu dari kuah’ seperti yang didakwa.

“Sebenarnya, percaturan tiada masalah dan bukan juga istilah pengurus melebihi jurulatih. Hal ini kerana, jurulatih dan pengurus bersama membuat percaturan yang terbaik untuk saya.

“Pencabar saya memang kuat dalam acara clean & jerk sekali gus perlu mengambil keputusan besar jika mahu mencabar kedudukan podium,” katanya.

Terdahulu, bekas jurulatih angkat berat Sukri Anani mendakwa punca Aniq terlepas pingat gangsa adalah kerana kesalahan pengurus pasukan angkat berat.

Sukri turut mempersoalkan mengapa memilih untuk melompat dari 167 kilogram (kg) kepada 174kg dan sepatutnya menumpukan perhatian untuk mendapatkan gangsa.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!