Tiada dakwa-dakwi, semua kes telah digugurkan, termasuk kes saman Ira Kazar | The Reporter

Tiada dakwa-dakwi, semua kes telah digugurkan, termasuk kes saman Ira Kazar

Peguam Syarie mewakili Syamsul memaklumkan, tiada lagi dakwa-dakwi, kesemua kes telah selesai, termasuk kes saman Ira Kazar

Semalam, media melaporkan pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana sah bercerai talak satu selepas kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik demi masa depan masing-masing dan juga anak-anak.

Peguam Syarie kepada Syamsul, Azmi Rais juga memaklumkan, kesemua kes anak guamnya terhadap Puteri Sarah, telah digugurkan, termasuk perintah injunksi terhadap Ira Kazar.

Syamsul dan Puteri Sarah bersetuju untuk tidak lagi membangkitkan isu berkenaan dalam satu perjanjian yang dibuat pada kelmarin. Sekali gus tiada lagi dakwa dakwi selepas kedua-duanya bercerai.

“…tiada dakwa-dakwi antara kedua-duanya. Semuanya telah diselesaikan dengan baik dan muktamad. Injunksi itu pun berkuatkuasa sehingga kes cerai dan nusyuz diputuskan dan InsyaAllah semuanya sudah selesai,” katanya semalam, memetik laporan daripada portal mStar Online.

Sementara itu, Puteri Sarah enggan memberi sebarang komen mengenai kes saman yang difailkannya terhadap Ira Kazar.

“Tiada komen, mengenai kes itu saya tak boleh dedahkan lebih lanjut,” katanya.

Semalam pada jam 12.25 tengah hari, Syamsul telah melafazkan cerai talak satu terhadap Puteri Sarah di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas.

Sumber: mStar Online

Related Posts