Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Personaliti televisyen, Wardina Safiyyah, semalam menyelar tindakan pengasas D’Herbs yang memuat naik dan mempromosi video teaser lagu terbarunya, ‘Bobo Di Mana’, yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, pada Rabu ini.
“Wallahualam. Mohon Dato padam video IG of that lady bouncing up and down showing her boobs. Disgusting. Saya kalau boleh memang tak nak komen, tapi video ni macam keterlaluan pulak rasanya.
Terdahulu, isteri jutawan kosmetik itu, Datin Nur Shahida Mohd Rashid, meluahkan rasa kesal dan berangnya terhadap netizen yang bertindak menyerangnya dipercayai kerana video yang dimuat naik oleh Aliff itu.
Kecewa isterinya diserang netizen, Aliff juga meminta netizen tidak bertindak keterlaluan dan menghormati isterinya.
“Habis tu kalau jadi pelakon itu macam mana pula? Jadi jangan maki hamun dia yang ada menegur saya juga. Dia tidak bersalah.












