Memiliki kediaman ideal menjadi idaman semua. Apatah lagi untuk pelaburan jangka masa panjang, semestinya pembeli memerlukan kediaman yang benar-benar berbaloi.
Nak ke mana-mana pun senang. Kehidupan di bandar yang sibuk, perlu seimbangkan pula keperluan keluarga, karier dan diri sendiri.
Tapi ada sebab kenapa The Vesta Residences patut jadi pilihan kalau korang masih tercari-cari kediaman untuk didiami.
2 minit jalan kaki untuk beli keperluan harian
Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pelbagai kemudahan di kawasan sekitar juga tersedia. Antaranya seperti Pasar Raya AEON AU2 untuk memudahkan urusan keperluan rumah dan barangan dapur, hanya 2 minit berjalan kaki. Atau bosan selepas kerja? Boleh menonton wayang di TGV AEON AU2.
Berita gembira untuk pengguna tegar kenderaan awam, kediaman ini juga terletak berdekatan dengan stesen MRT3 yang bakal beroperasi, juga 2 minit berjalan kaki sahaja. Selain itu, ada juga pilihan LRT Setiawangsa hanya 1.5km, 5 stesen dari KLCC.
Akses lebuh raya
Lokasi kediaman yang mempunyai akses kepada lebuh raya utama memberikan kemudahan kepada penghuninya.
Untuk The Vesta Residences, lebuh raya terdekat antaranya MRR2, AKLEH, DUKE, SUKE, dan SPE. Kelebihan ini menjadi nilai tambah kepada penduduk bagi kemudahan mereka sepanjang tinggal di sini.
Hidup sihat, penuh semangat, tak perlu jauh pun
Tuntutan kerjaya ada yang balik lewat, nak ke gym, jauh pula? Tapi tidak untuk The Vesta Residences ini. Segala kemudahan senaman dan kecergasan tersedia.
Ada sky gymnasium, infinity pool atau hammock garden, sky pods atau bilik hiburan untuk luangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Jadi, tak perlu lagi pandu jauh untuk hidup lebih sihat, nak bersantai dengan anak-anak pun boleh.
Kehidupan berteknologi hijau
The Vesta Residences menyokong kehidupan teknologi hijau demi kebaikan generasi akan datang. Disediakan di kawasan kediaman adalah pengecas kenderaan elektrik untuk kemudahan penghuninya.
Sistem pengumpulan sisa pula dijalankan secara automatik bagi menepati prinsip kehidupan mapan ini. Selain itu, kediaman ini juga patuh Qlassic dan GreenRE untuk kehidupan mesra alam yang sebenar.
Kediaman selesa dan luas untuk seisi keluarga
Rumahku, syurgaku. Kediaman yang menjadi tempat tinggal seisi keluarga perlulah menjadi tempat paling selesa selepas seharian di luar atas tuntutan kerja atau belajar.
The Vesta Residences menyediakan ruang tamu dan ruang makan berkeluasan 6 meter untuk sekeluarga meluangkan masa menonton TV atau berborak bersama-sama. 2 bilik tidur selain bilik master memberikan lebih privasi untuk ahli keluarga.
Keluasan 1,000 kaki persegi adalah ruang ideal untuk didiami. Sama ada pasangan suami isteri baru mendirikan rumah tangga atau keluarga kecil dengan seorang atau dua orang cahaya mata, inilah kediaman yang patut sesuai.
Terdapat 3 jenis kediaman untuk dipilih mengikut kesesuaian bermula dari RM408,000
Type A: 715 kaki persegi (2 bilik, 2 bilik air)
Type B: 1,000 kaki persegif (3 bilik, 2bilik air)
Type C: 1,125 kaki persegi (3+1 bilik, 3 bilik air)
Hubungi (03) 9212-0457 atau klik DI SINI untuk info lebih lanjut mengenai The Vesta Residences ini sekarang. Galeri jualan mereka turut dibuka setiap hari dari 10 pagi – 5 petang, di SkyWorld Gallery @ Setiawangsa di Waze atau Google Maps