'The queen is back' - Celine Dion dibayar RM9 juta untuk satu lagu di Olimpik | The Reporter

‘The queen is back’ – Celine Dion dibayar RM9 juta untuk satu lagu di Olimpik

Sumber Gambar : Instagram Celine Dion

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penyanyi pop terkenal, Celine Dion dikhabarkan bakal kembali beraksi di pentas pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris.

Dalam satu laporan menyatakan penyanyi tersbeut telah mendaftar masuk ke sebuah hotel mewah di Paris.

Tinjauan ke Instagram milik penyanyi berusia 56 tahun itu juga mendapati beberapa keping gambar dimuat naik di beberapa lokasi di Paris selain menyatakan keterujaannya berada di sana.

Dalam persembahan di Sukan Olimpik itu, Celine turut dikatakan bakal dibayar sebanyak AS$2 juta (RM9.34 juta) hanya untuk satu lagu pada persembahannya awal pagi Sabtu.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan daripada pihak pengurusan Celine mahupun pihak penganjur.

Terdahulu, Celien Dion berehat seketika dari industri nyanyian setelah menghidap penyakit Sindrom Stiff Person iaitu gangguan neurologi yang jarang berlaku dengan ciri penyakit autoimun.

Penyakit tersebut menyebabkan dia mengalami kesukaran berjalan dan menyanyi sekali gus tidak dapat meneruskan konsert yang dirancang di UK dan Eropah beberapa tahun lalu.

Sumber: Vanguard, Harian Metro, Celine Dion

Related Posts