Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Langkah menyinar dari beregu wanita negara apabila mara ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan A.
Pearly Tan-M Thinaah menewaskan gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva 21-18, 21-9.
Perlawanan berlangsung sengit pada set pertama namun berjaya menewaskan regu lawan dengan kemenangan 21-18.
Pada set kedua pula, mereka jauh meninggalkan lawan dengan memperoleh mata 21-9.
Dalam pada itu, Pearly Tan-M Thinaah mendedahkan mereka dihantui rasa gementar sejak semalam bagi menghadapi pertemuan menentang gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam aksi terakhir Kumpulan A, hari ini.
Bagaimanapun, mereka berjaya atasi perasaan itu dan dapat menewaskan Apriyani Rahayu-Siti Fadia 21-18, 21-9 pada aksi yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena.
Keputusan itu menyaksikan Pearly-Thinaah mengesahkan tiket ke suku akhir selaku naib juara kumpulan di belakang pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.
Sumber: Harian Metro, Berita Harian, Astro Arena








