Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pelawak Ali Puteh luah perasaan di TikTok berhubung dugaan demi dugaan yang dihadapinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sekali gus menyebabkan dia hilang segalanya.
Walaupun diuji sedemikian rupa, difitnah, dicaci dan dihina, Ali bersyukur insan tersayang iaitu isterinya, Melati Fitri, tetap setia berada di sisi. Bersama-sama dengannya mengharungi semua dugaan yang mendatang, malah memberi semangat untuk kekal tabah.
“Alhamdulillah, terima kasih wahai insan bergelar isteri. Sentiasa bersama di saat aku tidak punya apa-apa. Disaat aku jatuh, diuji, hilang segalanya, menangis sendirian, difitnah, dicaci dan dihina.
“Tetapi kau tetap berada disamping aku dan sentiasa menjadi penguat semangat. Tidak sedikit pun mengeluh dan terus berdoa suatu hari nanti akan hadir kebenaran.
“Allah uji kita dengan kehilangan anak, abang, emak.. Allah uji kita dengan fitnah, cacian dan makian. Tetapi kau tetap berdiri teguh di samping aku.

“Berat memang berat ujian ini. Hanya Allah dapat membalas jasa kebaikan kamu, wahai insan bergelar isteri.
“Insha-Allah walid akan terus berusaha untuk kebahagian keluarga kecil kita. Insha-Allah,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut mendoakan Ali dan keluarganya terus kekal tabah dan dipermudahkan urusan.

Sumber: TikTok Ali Puteh