Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pendedahan yang dibuat oleh bekas model dan pelakon Zahnita baru-baru ini mengejutkan ramai pihak.
Susulan itu juga, suaminya telah direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Dalam hantaran terbaharu beliau, Zahnita memuat naik video berkaca mata hitam dan kelihatan sebak.
Zahnita yang terkenal menerusi lakonan dalam Gila-Gila Pengantin Remaja menzahirkan penghargaan kepada semua pengikut di media sosialnya yang memberikan sokongan terhadapnya.
“Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan semua. Saya akan bersama dengan kamu semua sedikit masa saja lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan tempahan bagi produk jualannya, pie sudah dibuka.
Menerusi Instagram beliau, didapati hanya hantaran video terbaharu sahaja di akaun tersebut manakala hantaran-hantaran lain sudah dipadam.








