Golden Screen Cinemas (GSC) memaklumkan cawangannya di pusat beli belah Alamanda, Putrajaya akan beroperasi buat terakhir kali pada 13 Ogos ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook rasminya hari ini berkata, cawangan itu telah beroperasi sejak 15 tahun lalu ketika ia mula dibuka kepada umum pada 5 April 2008.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada anda selama ini. Senyuman, ketawa dan tepukan anda akan sentiasa bergema di hati kami,” katanya dalam kenyataan itu.
Walaubagaimanapun, bagi penduduk di Putrajaya atau berhampiran yang ingin menonton wayang, masih boleh datang ke GSC IOI City Mall 1 dan 2.

Sementara itu di media sosial, pemberitahuan itu mengundang rasa sedih bagi sesetengah pengguna yang gemar menonton wayang di GSC Alamanda.
“Alahai.. cinema ini paling senang. Habis tengok wayang, terus pergi parking. Tak payah susah-susah nak cari exit,” kata Atikchoe.
“Selamat tinggal GSC Alamanda. Nampaknya Alamanda akan menjadi semakin suram,” kata Firdaus.
“GSC Alamanda antara tempat paling best dan tenang tengok movie. Good bye GSC Alamanda,” kata Mohfiz.
Sumber: GSC








