'Tengoklah kesan daripada ahli politik guna kempen bersifat perkauman & agama telah lakukan pada anak muda kita' - Netizen - The Reporter

‘Tengoklah kesan daripada ahli politik guna kempen bersifat perkauman & agama telah lakukan pada anak muda kita’ – Netizen

Sewaktu para pemimpin sebuah gabungan politik berbangga dengan pencapaiannya yang mendapat sambutan luar biasa di PRU15, di media sosial terutamanya TikTok pula sedang tular video-video yang dimuat naik oleh golongan muda yang dipercayai terpengaruh dengan dakwaan pemimpin berkenaan dalam satu siri ceramah politiknya. 

Baca: (Video) Ada kumpulan Yahudi, Kristian rancang ambil alih Malaysia melalui PH – Muhyiddin didakwa pergunakan agama untuk takutkan pengundi Melayu

Di ceramah itu, ketua gabungan politik itu berkata, Di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, kalau ada gereja hari Ahad, ada juga orang-orang Melayu pergi sana. Rupanya dah masuk Kristian. 

“Itu saya tak fikir berkembang dengan pesat sebab sebahagian besar kita adalah orang Islam. Tetapi agenda puak-puak dan kaum-kaum seperti ini adalah niat mereka untuk mengambil alih Malaysia satu daripada koloni dia,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai telah menyebabkan golongan belia khusus pengundi baharu terpengaruh dan mula memuat naik video ‘kempen’ secara tidak langsung mempergunakan agama bagi tujuan meraih undi. 

Bukan itu sahaja, malah pengguna TikTok di bawah umur juga dikesan sudah mula terpengaruh dengan kenyataan tersebut, berdasarkan perkongsian ibu bapa mereka di media sosial. 

Difahamkan, video sedemikian mula memenuhi platform media sosial sejak sehari sebelum hari pembuangan undi yang dipercayai dimuat naik dan menyasarkan golongan pengundi Melayu untuk meraih undi mereka kepada gabungan politik berkenaan.

This is dangerous.

Several posts warning about a possible repeat of the deadly May 13, 1969 race riots were found on #TikTok 48 hours after #Malaysia‘s polling day on Satur which accumulated over several hundred thousand viewshttps://t.co/1xQHflNCCI

— Amy Chew (@1AmyChew) November 21, 2022

Menyedari perkara itu mula tular, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak memuat naik kandungan yang menyentuh sentimen perkauman, keagamaan dan menghina institusi diraja di media sosial. 

“PDRM memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna-pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebar kandungan bersifat provokasi yang boleh mengakibatkan kegusaran awam. 

“Tindakan tegas di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” tegas beliau. 

Sementara itu, orang awam yang prihatin turut menggesa pemimpin gabungan tersebut tampil bertanggungjawab kerana telah menimbulkan kebencian antara kaum dan menyebarkan idealogi yang salah sehingga menyebabkan golongan terbabit salah faham dan cuba mencetuskan sesuatu yang tidak wajar berulang kembali. 

Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dituntut memainkan peranannya untuk mengekang kejadian yang tidak diingini dari terus menular dan menjejaskan keharmonian negara. 

Pemimpin dan ahli politik PN perlu bertanggungjawab dalam pertambahan kes penyokong mereka yang timbulkan kebencian antara kaum dan sebarkan ideologi salah tentang insiden berdarah di TikTok. Mereka bawa nama parti kalian. Setidaknya ingatkan mereka untuk tidak melampaui batas.

— Ikhwan (@JatIkhwan) November 22, 2022

TikTok juga perlu bertanggungjawab kerana membenarkan video sebegitu berada di pentas mereka. TikTok mempunyai akses dan hak untuk melarang mana-mana pengguna yang telah menyalahgunakan aplikasi itu untuk menyebarkan informasi jahat yang membawa kepada kekacauan antara kaum.

— Ikhwan (@JatIkhwan) November 22, 2022

Sumber: PDRM, Tiktok, Facebook netizen

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!