Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Insiden seorang wanita dan ibu bapanya dihalau dari masjid di Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih lagi menjadi bualan netizen. Ramai netizen tidak bersetuju dengan cara polis bantuan itu membuat teguran yang dianggap bersikap kurang ajar dengan orang tua. Tidak kurang juga menyalahkan wanita itu yang dikatakan cuba meraih simpati.
Apa pun pandangan netizen, mungkin ada benarnya. Tetapi adalah lebih baik bersederhana dalam semua perkara termasuklah dalam tindakan membuat teguran pada orang lain kerana bimbang mengaibkannya di depan khalayak ramai.
Penulisan dari ZF Zamir ini ada hubungkaitnya tetapi tidak pula mengalakkan orang ramai untuk berbuat demikian. Apa yang penting ialah, bersederhanalah dalam tindakan kita. Jangan sampai mencemarkan imej agama kita sendiri.








