Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa sesiapa yang memiliki telefon bimbit sebenarnya sedang “memegang sebahagian daripada Israel” di tangan mereka. Kenyataan itu dibuat ketika menerima delegasi Kongres Amerika Syarikat di barat Baitulmaqdis, lapor Jordan News.
Beliau berkata kepada delegasi: “Adakah anda mempunyai telefon bimbit? Anda sedang memegang sebahagian daripada Israel di tangan anda. Banyak telefon, ubat dan produk makanan datang dari Israel.
“Adakah anda makan tomato ceri? Tahukah anda ia adalah produk Israel? Secara peribadi, saya tidak menyukainya, tetapi seperti banyak produk lain, ia adalah hasil eksport kami.”
Baca juga:
- Ibu serah dua remaja kepada polis selepas rosakkan perpustakaan sekolah, rugi RM235,000
- ‘Telefon bimbit di tangan anda itu, sebahagian daripada Israel’ – Netanyahu
- Cucu Nelson Mandela sertai Global Sumud Flotilla
Jawab kritikan antarabangsa
Netanyahu menegaskan, Israel masih mempunyai keupayaan tersendiri walaupun berdepan tekanan global.
“Sesetengah negara telah menghentikan penghantaran komponen senjata, tetapi bolehkah kita keluar daripada situasi ini? Ya, kita boleh. Kita cemerlang dalam menghasilkan senjata.”
Beliau turut mengingatkan, Amerika Syarikat banyak bergantung kepada Israel dalam bidang keselamatan.
“Sama seperti maklumat risikan yang kita kongsi dengan Amerika Syarikat, sebahagian besar maklumat risikan anda datang dari Israel dan kita juga berkongsi sistem senjata kita dengan AS.”

Produk eksport jadi bukti pengaruh Israel
Menurut Netanyahu, Israel akan terus berusaha mencapai kebebasan penuh daripada pembekal luar.
“Akhirnya kita akan mencapai kebebasan yang diperlukan, supaya mereka di Eropah yang fikir mereka boleh menyekat apa yang kita perlukan tidak akan berjaya. Kita mampu memecahkan sekatan ini dan kita akan lakukannya.”
Kenyataan tersebut mencerminkan usaha Netanyahu untuk menangkis dakwaan bahawa Israel semakin terasing. Beliau mahu menonjolkan sumbangan negaranya dalam teknologi, ubatan dan makanan sebagai bukti Israel masih berpengaruh dalam kehidupan global, sekali gus meyakinkan sekutu seperti Amerika Syarikat bahawa negara itu mampu berdikari walaupun ditekan dengan sekatan antarabangsa.