Menang atau kalah, tiada pertikaian yang akan dibuat. Jika kemenangan yang diraih, satu bonus buat penyokong Harimau Malaya.
Perlawanan antara Malaysia menentang Korea pada malam tadi dilihat sebagai satu perlawanan sengit. Keputusan 3-3 Harimau Malaya berjaya meraih mata tambahan sebanyak +12.30 mata dan menyaksikan kedudukan kini berubah ke tangga 132 dunia.
Disebalik kemenangan malam tadi, ada sorakan dan tangisan dari penyokongnya. Pada saat jaringan gol malam tadi, lensa kamera tertumpu kepada seorang penyokong lelaki yang menangis terharu dengan jaringan tersebut.
Namun, tiada siapa yang menduga disebalik tangisan meraikan jaringan gol itu, ada usaha yang dipuji ramai kerana semangat lelaki itu yang sanggup ke Qatar untuk menyaksikan perlawanan bersejarah.
Menerusi satu hantaran, Derrick Gan dikatakan sanggup menjual motosikalnya semata-mata untuk memberikan sokongan buat Harimau Malaya.
“Mencari dana ke Qatar! Malaysia Road to Asia! Tumpang lalu adik nak lepaskan motor demi negara tercinta. First major tournament in Malaysia’s history,” tulisnya dalam hantaran Disember lalu.
Rata-rata netizen turut berbangga dengan usaha yang dibuat oleh Derrick Gan dan menyifatkan usaha tersebut sangat berbaloi.
Tedahulu, media melaporkan semangat seorang pemuda OKU penglihatan bersama abangnya datang ke Qatar untuk memberikan semangat buat Harimau Malaya juga dipuji ramai.
Sumber: Derrick Gan, Viral Media Johor