'Takkan guna hand dryer lagi pasni' - Netizen terkejut cleaner keringkan mop guna hand dryer - The Reporter

‘Takkan guna hand dryer lagi pasni’ – Netizen terkejut cleaner keringkan mop guna hand dryer

Boleh dikatakan kebanyakan pusat beli-belah di negara ini menyediakan hand dryer di tandas bagi memudahkan penggunakan mengeringkan tangan. 

Namun, jangan disangka mesin itu bersih kerana kini tersebar pula gambar individu yang menyalahgunakan kemudahan itu. 
“Saya takkan sesekali menggunakan hand dryer lagi selepas melihat apa yang berlaku di depan mata saya sendiri,” demikian kata pengguna di Twitter yang dikenali sebagai Jia. 
“Ini sangat tidak boleh diterima dan tidak bersih. Mop itu digunakan untuk membersihkan tandas. 
“Dah tegur cleaner itu dan dia akur tetapi benda dah jadi,” katanya. 

I will never use this kind of hand dryer after seeing this in front of my eyes. This is absolutely unacceptable and unhygienic. The mop was used to clean up TOILETS. Told the lady to remove the mop and she did but damage done. I can’t undo this from my head. pic.twitter.com/khnDgHvnT6

— jiaaaaaa (@jiaohjia) July 28, 2019


Menurut Jia, insiden itu berlaku di Genting, tandas Bano Cinema. Namun kurang pasti jika tandas itu dibawah pengurusan Aeon. 
REAKSI NETIZEN

Sumber: @jiaohjia

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!