Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kes guru dituduh menengking dan mengejek seorang ibu yang mencari anaknya yang hilang di sekolah mendapat perhatian ramai di media sosial. Tuduhan itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dan perdebatan dalam kalangan netizen.
Walau bagaimanapun, kenyataan dari seorang saksi yang berada di tempat kejadian mendedahkan situasi yang berbeza daripada apa yang didakwa sebelum ini.
Baca: Ibu panik anak hilang di sekolah, dakwa gru buat acuh tak acuh?
Dengar dari kedua-dua belah pihak
Dalam hantaran di Facebook, Mahmud Jumaat berkongsi gambar tangkap layar komen daripada seorang saksi yang menggunakan nama Messy, yang memberi penjelasan mengenai kejadian sebenar di sekolah berkenaan.
Saksi dedah ibu yang tengking guru?
Messy menjelaskan dia berada di tempat kejadian dan menyaksikan insiden tersebut di mana ibu berkenaan berada dalam keadaan cemas dan bertanya kepada Cikgu Wan.”Cikgu, mana anak saya Haila Amani?”. Cikgu Wan kemudian bertanya kembali, “Anak puan yang mana satu ye?” Namun, ibu tersebut bertindak menengking guru berkenaan.
“Lepas tu cikgu cuba tenangkan ibu dan bantu mencari anaknya. Bila dah jumpa, semua cikgu kecoh ‘dah jumpa dah jumpa’. Takde pun saya dengar boo tu,” katanya.

Penjelasan Messy yang menyaksikan kejadian itu memberikan perspektif yang berbeza dan menimbulkan persoalan mengenai kebenaran tuduhan yang tersebar.
Bekas guru pertikai logik tuduhan
Bekas guru, Mohd Fadli Salleh, yang pernah berkhidmat sebagai guru Tahun 1 selama 18 tahun turut memberikan pandangannya berhubung isu ini di Facebook.
Menurut Fadli, semua tuduhan yang dilemparkan terhadap guru-guru tersebut adalah tidak masuk akal.
“Mustahil guru-guru tahun 1 akan tengking dan boo ibu yang mencari anak tahun 1 yang hilang. Sangat-sangat mustahil,” katanya, ini kerana dalam situasi cemas seperti itu, guru biasanya akan turut risau dan membantu mencari murid yang hilang.
Tindakan ibu tersebut menyebarkan gambar guru-guru dengan kapsyen yang tidak wajar adalah satu perbuatan yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mohd Fadli berharap agar kebenaran dapat dibongkar dan isu ini diselesaikan dengan adil tanpa menganiaya mana-mana pihak.
Sumber: FB Mahmud Jumaat, FB Mohd Fadli Salleh