'Tak terfikir langsung itu lambang keagamaan' - Tamim Dahri | The Reporter

‘Tak terfikir langsung itu lambang keagamaan’ – Tamim Dahri

Tamim Dahri menjelaskan insiden tular objek besi di Langkawi, bukan lambang keagamaan
Tamim Dahri perjelas isu tular.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Aktivis, Tamim Dahri tampil menjelaskan insiden tular yang mengaitkannya dengan tindakan menumbangkan objek dipercayai lambang keagamaan ketika berada di Langkawi baru-baru ini.

Menurut Tamim, kejadian itu berlaku ketika beliau bercuti selama beberapa hari di pulau peranginan berkenaan bagi melepaskan tekanan selepas menyiapkan kerja berkaitan data di HBM.

Katanya, tujuan asal lawatan tersebut adalah untuk meneroka lokasi-lokasi yang jarang dikunjungi di sekitar pulau itu.

“Saya menyewa kereta dan memandu mengelilingi pulau. Ketika sampai di satu kawasan berhampiran gua-gua, saya berhenti untuk singgah,” katanya dalam satu kenyataan.

Tamim menjelaskan kawasan berkenaan dipenuhi monyet liar dan beliau sempat memberi makanan kepada haiwan tersebut.

Namun ketika berada di situ, beliau ternampak satu batang besi konkrit yang tajam dan berkarat.

Menurutnya, pada ketika itu beliau langsung tidak terfikir objek tersebut merupakan lambang keagamaan kerana ia kelihatan seperti besi lama yang tajam.

“Tidak terfikir langsung itu adalah lambang keagamaan memandangkan ia hanya besi berkarat yang tajam.

“Ia juga bukan rumah anutan kerana tiada bangunan di kawasan itu dan persekitarannya lapang,” jelasnya.

Baca juga:

Tamim turut menegaskan bahawa tindakannya mengalihkan objek tersebut didorong oleh niat untuk mengelakkan bahaya kepada orang lain.

Beliau turut meminta orang ramai menilai sendiri gambar trisula sebenar yang menurutnya jauh berbeza dengan besi yang telah ditumbangkannya itu.

Related Posts