Tak tahan dipaksa layani nafsu songsang, lelaki tikam leher rakannya sehingga mati - The Reporter

Tak tahan dipaksa layani nafsu songsang, lelaki tikam leher rakannya sehingga mati

Seorang lelaki bernama Waluyo, 51, ditemui mati di dalam rumah sewanya di Pademangan, Jakarta Utara, Indonesia pada Rabu, 5 Julai 2023.

Kematian mangsa terbongkar selepas penduduk berhampiran terhidu bau busuk yang datang dari kediaman itu.

Ketika ditemui, mayat mangsa ditutup dengan pakaian dan pintu rumahnya juga terkunci dari luar.

Jurucakap polis, Titus Yudho Uly berkata, suspek, Maulana Azis, 20, telah ditahan di kampung halamannya di daerah Wonosobo, Jawa Tengah, pada Sabtu, 8 Julai 2023.

Dari keterangan awal, suspek mengaku sempat tinggal di rumah mangsa selama setahun kerana merantau di daerah tesebut.

Suspek mengaku membunuh Waluyo kerana dendam di mana dia seringkali diminta untuk melayani nafsu songsang lelaki tua itu.

Suspek membunuh membunuh mangsa dengan cara menikam lehernya menggunakan gunting dan pisau sehingga mati.

Bertindak di atas maklumat itu, polis telah membawa suspek ke daerah Cikini, Jakarta Pusat untuk mencari semula dua senjata tajam yang digunakannya dalam kes pembunuhan itu.

Sumber: Indo Zone

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!