Tak Sangka Sebegini Teruk Digigit Kucing - The Reporter

Tak Sangka Sebegini Teruk Digigit Kucing

Tahu tak, air liur kucing antara body defense yang paling bahaya bila defensive mode kucing itu aktif? Sebab itu kita tengok kucing lawan dengan ular tedung cobra, relaks saja. 
Ada kes dulu di mana seorang pakcik terpijak ekor kucingnya, lalu digigit sikit di hujung jari kaki. Kaki pakcik itu hampir dipotong kerana dijangkiti kuman. 
Kucing gigit semasa bermain adalah berbeza dengan gigitan mempertahankan diri. Seperti dalam kes gambar ini, mangsa kena gigit sedikit sahaja. Namun, mangsa terus terkena jangkitan Sporotrichosis dari kucing terbiarnya iaitu jangkitan chronic fungal yang menyerang kulit sehingga berlubang. 
Fungal ini berbahaya kerana ia sukar dikesan dari luar namun ia tumbuh di dalam badan. Penyakit ini mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh sepenuhnya. Mangsa akan terasa sangat sakit dan lukanya boleh bernanah selain dari berkemampuan menyerang di bahagian badan yang lain. Mangsa diberikan ubat sporonox selama lebih 5 bulan dan penyakit ini berlanjutan lebih setahun. 
Bayangkan hari-hari hidup dalam kesakitan dengan nanah dan darah yang keluar? 
Kena cakar pun berbahaya juga sebenarnya. Kita ada penyakit Cat Scratch Disease dari bakteria jenis Bartonella Henselae yang boleh menyebabkan jangkitan juga. Cukup dengan luka calar saja dari gigitan kucing, mangsa boleh dipotong di bahagian limbs dan boleh membawa maut. 
Namun, usah risau. Ini adalah kes yang terpencil. Saya juga membela kucing. Sunnah Nabi bela kucing. Jaga kebersihan dan jaga kesihatan kucing. Jangan lupa hantar kucing anda ke mana-mana klinik haiwan terdekat untuk divaksin, buang kutu dan lain-lain. – Hafiz Suratman | PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!