'Tak sampai hati nak beritahu yang ayah mereka dah meninggal dunia' - Cikgu - The Reporter

‘Tak sampai hati nak beritahu yang ayah mereka dah meninggal dunia’ – Cikgu

Foto: Cikgu Ain

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Kehilangan ibu bapa adalah sesuatu yang amat perit untuk dilalui, terutamanya jika anak-anak itu masih kecil. Kehilangan ini bukan sahaja meragut kasih sayang, tetapi juga memberi impak emosi yang mendalam.

Baru-baru ini, seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Ain telah berkongsi mengenai tiga muridnya yang baru sahaja kehilangan bapa mereka akibat serangan jantung.

Tak sampai hati nak sampaikan berita sedih

https://www.tiktok.com/@cikguaincomey/video/7377694075878722834

Menurut Cikgu Ain, beliau tidak sampai hati untuk memberitahu tiga beradik berkenaan mengenai perkara sebenar. Hanya apabila ibu saudara yang datang menjemput, barulah mereka mengetahui hal sebenar yang menyebabkan mereka meraung dan menangis.

“Saya pun tak sampai hati nak beritahu perkara sebenar. Sehingga ada ibu saudara yang datang mengambil tiga beradik ini, barulah mereka tahu perkara sebenar yang menyebabkan mereka meraung dan menangis.

“Ya Allah, Kau berikan kekuatan buat anak murid Cikgu Ain, Azalea dan adik beradiknya,” tulisnya pada kapsyen di video TikTok.

Bapa meninggal dunia akibat serangan jantung

Sebelum dimaklumkan berita sedih itu, tiga beradik berkenaan terdahulu diminta mengemas beg untuk pulang ke rumah atas urusan keluarga. Tanpa mengetahui bapa mereka baru sahaja meninggal dunia kerana serangan jantung.

“Masa ini, adik beradik ini diberitahu oleh cikgu supaya kemas beg sekolah, sebab ada urusan keluarga.

“Sebenarnya, ayah kepada murid-murid ini baru sahaja meninggal dunia kerana serangan jantung.

“Mohon sedekah Al-Fatihah buat ayah kepada anak murid saya. Salam takziah,” katanya.

Di ruangan komen, ada seorang wanita, Nora Azmir memaklumkan tiga beradik dalam video tersebut adalah anak-anaknya. Beliau turut berkongsi video jenazah suaminya dikebumikan pada 7 Jun lalu dan kelihatan tiga beradik berkenaan turut hadir di lokasi kejadian.

https://www.tiktok.com/@noraazmir/video/7379107368614874369

Semoga roh arwah ayah kepada murid-murid ini ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!