'Tak salah nak main basikal, tapi jangan menyusahkan orang' - Netizen luah rasa geram - The Reporter

‘Tak salah nak main basikal, tapi jangan menyusahkan orang’ – Netizen luah rasa geram

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Berbasikal dilihat sudah menjadi satu trend rakyat Malaysia bukan
sahaja dalam kalangan anak-anak muda, malahan satu keluarga mula meminati
aktiviti sihat ini. Tidak ketinggalan, artis-artis dan juga selebriti turut
menjadikan aktiviti seperti ini sebagai satu hobi. 

Aktiviti ini dilihat
mempunyai banyak manfaat, tetapi ada juga kesan sampingan jika kita tidak
mengikut peraturan yang disediakan. Banyak manfaat kesihatan yang diperolehi melalui aktiviti
berbasikal ini, antaranya adalah membakar kalori.

Menurut artikel yang disiarkan
HelloDoktor, berbasikal dalam kadar setengah jam dengan berat 155 paun boleh
membakar sebanyak 260 kalori. Antara lain, baik untuk sendi, manfaat kepada jantung
dan ada kajian yang dijalankan oleh King College London mengatakan dengan
berbasikal jangka hayat seseorang lebih lama.

Namun begitu, berbasikal tidak salah tetapi perlu mengikut
peraturan jalan raya. Jika dilihat, penunggang basikal seolah-olah tidak
mengendahkan keselamatan di jalan raya.

Seperti di Putrajaya, trek bagi pejalan
kaki dan juga penunggang basikal sudah disediakan tetapi masih ada individu dan masyarakat
seolah-olah tidak peka dengan peraturan. Mereka kelihatan seperti selesa
menunggang di jalan raya tanpa memikirkan keselamatan mereka dan pengguna jalan
raya yang lain.

Isu penunggang basikal ini juga pernah disuarakan di Facebok page ‘Asal Gombak’. Trend tersebut telah menimbulkan situasi yang tidak menyenangkan di Kawasan
Batu 12, Jalan Gombak. 

Kebanyakan mereka akan memulakan aktiviti berbasikal di
Hospital Orang Asli Gombak dan meletakkan kenderaan mereka di situ. Tetapi, mungkin
ramai yang tidak tahu bahawa hadapan Hospital Orang Asli Gombak adalah tempat
persinggahan Bas Rapid bagi stesen yang terakhir. 

Disebabkan sisi jalan sudah
dipenuhi dengan kenderaan penunggang basikal, pemandu bas terpaksa meletakkan
bas mereka di bahu jalan sebelah kanan dan sangat merbahaya bagi kenderaan yang datang
dari arah Jalan Lama Gombak.

Antara luahan netizen di media sosial:

Oleh yang demikian, penunggang basikal dinasihatkan agar
melakukan aktiviti ini dengan mengikut peraturan keselamatan. Jangan terlalu
ghairah mengisi aktiviti sukan sebegini tanpa memikirkan keselamatan, nyawa diri
dan orang lain. Bagi yang mengikut peraturan jalan raya, syabas diucapkan!

Sumber: Hello Doktor, Asal Gombak

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!