Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tiada istilah memperlakukan suami sebagai kuli atau orang gaji bila berada di rumah. Sebagai suami, anda haruslah faham bahawa kerja-kerja menguruskan rumah tangga bukan hanya terletak pada bahu isteri, tetapi suami juga turut memainkan peranan bersama.
Bukan mahu memenangkan golongan isteri, tetapi adalah lebih elok pasangan suami isteri bersama-sama menguruskan rumah tangga dan dari situ, barulah faham akan erti tanggungjawab bersama, selain merapatkan silaturrahim keluarga.
Dalam kes ini, pakcik terbabit mungkin sudah biasa membiarkan isterinya melakukan segala-galanya di rumah. Namun tindakannya menegur pasangan muda ini adalah tidak wajar kerana tidak semua orang yang boleh menerima caranya.
SALAM admin. Saya bukan nak cerita tentang rumah tangga saya tetapi lebih kepada nak meminta pendapat semua yang berada di sini. Memandangkan saya ini pun baru saja setahun jagung berkahwin.
Di sini saya ingin bertanya, betul ke bila orang luar tahu yang si suami membantu melakukan kerja-kerja isterinya akan menjatuhkan martabat seorang suami itu? Sebab saya dengar kakak itu bercakap dengan nada lembut saja, bukannya mengarah suaminya.










