'Tak perlu campuri urusan pemilihan parti kami' - UMNO - The Reporter

‘Tak perlu campuri urusan pemilihan parti kami’ – UMNO

UMNO memberi peringatan kepada pihak lain untuk tidak mencampuri urusan pemilihan partinya yang bakal berlangsung pada 30 Jun ini, sebaliknya fokus pada masalah mereka (Kerajaan Pakatan Harapan) sendiri, lapor MalaysiaKini
Unit Komunikasi Strategik UMNO dalam kenyataannya semalam turut mengambil contoh kes agihan gerai Ramadan yang membabitkan anggota Parlimen Bukit Bintang, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bukit Bintang, Mohd Noorhisyam Abdul Karim, yang turut membabitkan Anggota Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun yang mengeluarkan surat sokongan kepada Mohd Noorhisyam
Bagaimanapun, Fong mendakwa surat itu dikeluarkan pihaknya selepas Mohd Noorhisyam berjanji ia tidak melibatkan wang. 
“Usahlah sibuk dengan parti orang lain sedangkan kemelut dalam HARAPAN sudah pun mula terserlah, terutama dalam kes agihan gerai Ramadan yang dikatakan membabitkan anggota Parlimen Bukit Bintang.
“Umno tidak ingin mencampurinya kerana kerajaan sekarang ialah kerajaan ‘suci’ pimpinan Dr Mahathir, yang dipenuhi orang yang bebas daripada melakukan kesilapan.
“Jadi, janganlah cuba berenang di kolam orang jika kita sendiri tidak membenarkan orang lain menghampiri kolam kita,” katanya.
Mengulas lanjut tentang pemilihan Umno, kenyataan itu turut menyifatkan ia sebagai “di bawah semangat kekeluargaan”.
Jelasnya, perkara itu menunjukkan amalan demokrasi subur di dalam UMNO dan berbeza ketika Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini merupakan pengerusi HARAPAN, menerajui parti itu.
“Ini mencerminkan suburnya amalan demokrasi sejak bermulanya era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak memikul tugas presiden parti.
“Ini berlainan dengan ‘penutupan’ pintu pertandingan di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai presiden apabila jawatan nombor satu dan nombor dua ‘digalakkan’ tanpa pertandingan.
“Ini bersamaan dengan cara Lim Kit Siang memimpin DAP, yang dikecam dan dibenci oleh ahli serta pemimpinnya pada zaman itu,” kata kenyataan itu yang turut menyifatkan tindakan pihak lain mencampuri urusan pemilihan UMNO sebagai langkah provokasi bagi melaga-lagakan sesetengah pemimpin yang menawarkan diri untuk merebut jawatan yang ditandingkan. 
“Ini adalah hal-ehwal dalaman parti Umno, dan bekas pemimpin dan ahli yang kini berada dengan PKR atau PPBM tidak berhak campur tangan.
“Sama ada memilih tokoh tertentu atau meramalkan keputusan pemilihan, ini adalah satu cubaan kurang waras bagi mereka yang di luar UMNO. Kami hairan dengan kegiatan campur tangan ini,” katanya. 
Sementara itu di ruang komen laman MalaysiaKini, netizen menganggap kenyataan UMNO itu sebagai sombong dan masih tidak sedar bahawa sikap sombong dan angkuh mereka itu yang menjadi punca utama kekalahan dan kemusnahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu. 
“Sikap sombong orang UMNO ini memang tak boleh ditegur. Orang ramai hanya memberi pandangan. Zaman Datuk Seri Najib pun (jawatan tertinggi) tidak boleh dipertandingkan. Baru sekarang sejak kekalahan teruk BN maka semua jawatan dipertandingkan. Itu pun ada pemilihan lagi. Jika memuaskan, boleh bertanding. Jika tidak, jumpa lain kali. Ini bukan demokrasi,” kata Ab Rahim Abdan.
“Sombong, bongkak, bangsat dan haramjadah ada ciri-ciri yang diamalkan dan diterap ke dalam diri setiap ahli-ahli UMNO. Bagus, amalkan selalu supaya terus terkubur dan ditalkinkan oleh rakyat Marhaen,” kata Ismail Mohamad. 
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!