'Tak payah nak acah diri tu terpaling disakiti' - Netizen meluat dengan Mira Tangga - The Reporter

‘Tak payah nak acah diri tu terpaling disakiti’ – Netizen meluat dengan Mira Tangga

Influencer Amirah Aqilah Firdaus

Influencer sensasi, Amirah Aqilah Firdaus atau lebih dikenali dengan nama jolokan, Mira Tangga, semalam memuat naik kenyataan di Instagram mendakwa orang ramai mahu melihatnya ‘terjatuh’.

Mira sebelum ini terpalit dengan dakwaan menyondol suami orang yang juga majikannya sendiri sehingga menyebabkan Shermine atau Ah Moi terpaksa tampil mendedahkan perkara itu kepada umum.

“Alhamdulillah, orang nak jatuhkan kita senang je. Ada orang bole hnampak dan ada orang tak boleh nampak. Cuma kalau awak dah jatuhkan saya, janganlah nak tahu gerak geri saya.

“Saya tahu orang nak tengok saya bunuh diri atau gila, atau yang seangkatan dengannya. Cerita ini akan ada episod,” katanya.

Bagaimanapun, netizen yang membaca kenyataannya itu berkata, Mira sepatutnya malu dengan perbuatannya sendiri dan tiada keperluan untuk ‘berlakon’ sebagai mangsa dalam kes tersebut.

“Tiada siapa nak tahu you depression ke, bunuh diri ke, tak. Tapi you tak ada rasa malu dengan perbuatan you sendiri?” komen Afqzhri.

“Perasan la you ni, You tak glamour pun. Siapa la nak ambil tahu? Setakat glamour dengan kes tak helok macam tu, langsung tak membanggakan, malah mengaibkan,” komen Misz692.

“Masalah la ko ni, ko yang buat masalah, pastu buat caption macam ko terpaling teraniaya. Minta maaf pun tak ada, gambar dengan suami orang pun masih ada. Panas hati betul,” komen Shahira Shzrn.

Semalam, media juga melaporkan Mira ada membuat kenyataan di TikTok bahawa dia sudah bersedia untuk menjaga anak-anak View Chin sekiranya dia ditakdirkan berkahwin dengan lelaki itu.

“Mestilah ready, Mira sudah bersedia dari awal,” katanya semasa menjawab soalan netizen dalam sesi live di aplikasi berkenaan.

Sumber: Instagram Mira Tangga

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!