Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Setelah melalui fasa penceraian dan juga berhijrah, selebriti terkenal Nora Danish sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Nora Danish sekali lagi menarik perhatian ramai apabila menjawab segala spekulasi dan pertanyaan ramai.

“Tidak mengapa jika dia (Nedim) kelihatan bersama wanita lain kerana perceraian ini adalah permintaan saya.
“Jadi, biarlah dia dan kehidupannya. Jangan sampaikan kepada saya okay?
“Masing-masing dah lalui jalan berbeza. Kami hanya rapat atas urusan anak-anak,” tulisnya.
Terdahulu, Nora Danish dan Nedim melangsungkan pernikahan pada 30 Mac 2017 dan telah dikurniakan anak lelaki Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka telah berakhir pada 19 Jun lalu.
Sumber: Instagram Nora Danish