Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Bagi menjamin kesihatan yang baik berpanjangan, individu perlu menjaga segala aspek pemakanan selain daripada melakukan senaman.
Wanita terutamanya sangat dititikberatkan menjaga kesihatan dan pemakanan apatah lagi sudah melalui fasa bersalin.
Bagi masyarakat Melayu terutamanya, banyak pantang larang yang perlu diikuti selepas bersalin supaya badan dan tenaga kembali pulih seperti biasa.
Bagaimanapun, menerusi hantaran yang dikongsikan oleh seorang jurugambar bebas, pantang larang wanita kaum Batek selepas bersalin dan juga Ketika didatangi haid.
Dalam temubual itu, beberapa pantang larang disebut oleh beberapa kaum wanita disitu.
Katanya, selepas bersalin mereka tidak mengambil garam dan beberapa makanan mentah yang lain.
“Selepas bersalin, pantang garam. Serupa bila datang bulan. Ikan, daging pun tak makan. Makan nasi kosong je.
“Makan ubi, bergali ubi liar. Tapi ubi kayu tak boleh, ubi keledek, boleh. Pisang boleh makan,” katanya.
Rata-rata netizen mengkagumi cara pantang larang yang dibuat oleh masyarakat kaum Batek. Kata mereka, tidak hairanlah dilihat masyarakat berkenaan sangat sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian.
Sumber:digitaldome